JTX-1000

JTX-1000
RM170.00 (Available ONLINE order!!!!)

Terengganu-Kelantan Days-2

Hahaha dah lama nak sambung citer tentang Jalan2 Pantai timur 2012 tapi tak berkesempatan. Now I pun curi2lah office hours nie to update my blog. 
Inilah home stay yang yang kita org tinggal...actually rumah my bro friend. Sungguh selesa. 
Thanks a lot pada tuan rumah.
Haven kan tgk pemandangan sawah padi di belakang rumah tersebut.
Hari nie tuan rumah bawak we all jalan2 ke Kelantan. First destination ialah Pasar Siti Khadijah. Pada i biasa2 jer tapi mmg bnyk pilihan kain yang cantik2 tp harga boleh tahan mahal jugak.....
Jom preview ttg Pasar Siti Khadijah nie.
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.
Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .
Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.


Destinasi kedua dan ketiga ialah kawasan bebas cukai Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang. Ia merupakan tempat tumpuan pelancung. Pengkalan Kubur merupakan kawasan perdagangan bebas cukai maka.....barang2 yang dijual kat kedai2 disini dijual dengan harga yang lebih murah berbanding dengan shopping complex.
Pengkalan Kubor mempunyai kawasan bebas cukai yang menjual barang-barang, terutamanya pakaian, kasut, beg dan peralatan dapur pada harga yang amat berpatutan dan telah menarik ramai pengunjung ke sini. Kawasan bebas cukai ini sebesar padang bola sepak. Ia terletak di tepi muara sungai. Namun kawasan bebas cukai di Rantau Panjang lebih besar , meriah dan lebih murah. Jarak dari Pengkalan Kubor ke Rantau Panjang kira-kira 30 KM (Melalui Jalan KASBAN) sahaja.
Shopping...shopping jugak...kami berhenti solat Asar jamak takhir kat masjid Beijing yang terletak berhampiran kawasan bebas cukai Rantau Panjang....Serious sebijik mcm masjid kat Beijing. So tak payahlah pergi ke China.....jauh tu beb kena fly 6 jam tu.......
Nantikan cerita seterusnya pada post yang akan datang.....
Happy Reading