JTX-1000

JTX-1000
RM170.00 (Available ONLINE order!!!!)

Epal Hijau- Penghidap Kencing Manis & DarahTinggi

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.


Saidina Ali Bin Abi Thalib karramallahuwajhah berkata,
“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap”

Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.

Khasiat Epal Hijau

  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

TIP PENTING!!! jgn biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik shj epal dipotong.

Berita baik!! kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal.

Petua Membuang Toksid
Kisarkan sebiji epal hijau dengan daun saleri. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.




NOTA: Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman. Jus ini juga dikatakan sesuai untuk orang yang sedang berdiet dan mempunyai masalah darah tinggi. Tapi tidak digalakkan minum setiap hari, boleh diselang sehari atau 2-3 kali seminggu.

Dengan panambahan dalam pengambilan buah-buahan seperti epal, yang bukan sekadar sedap dan rangup, malah baik untuk tubuh badan! Menurut saintis, epal mempunyai bilangan bahan kimia, yang terdapt pada isi dan kulitnya, yang lebih berkesan dari pengambilan Vitamin C. Bahan kimia tersebut dikenali sebagai flavanoid dan polyphenol yang menjalankan fungsi sebagai anti-oksida, menghapuskan molekul yang bertanggungjawab merosakkan sel yang menyebabkan penyakit.

Bio Ever -boleh PERAWAN Semula?...



Kamesah Omar edited a doc.