JTX-1000

JTX-1000
RM170.00 (Available ONLINE order!!!!)

Info Kesihatan- tips hidup sihat

Bercerita tentang kesihatan, memang semua orang nak sihat. Siapa yang nak sakitkan walaupun semua orang tau yang sakit tu datangnya dari ALLAH dan ia juga membantu dalam menghapuskan dosa-dosa kecil tapi setiap kali berdoa mesti kita minta ALLAH berikan kita kesihatan yang baik, sihat tubuh badan dan sebagainya. 

Di bawah ini terdapat sedikit perkongsian tentang tip-tip kesihatan yang mungkin boleh membantu supaya kita dapat hidup lebih sihat. 
1. Senaman Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten.
2. Tidur Awal
Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama. Tidur tidak tentu lambat laun boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.
3. Makanan Kesihatan
Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan kesihatan.
4. Berfikir Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan
Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.
5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan
Garam
Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukanlah merupakan makanan kegemaran. Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran. Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu memakan makanan yang memudaratkan kesihatan, dengan amalan pemakanan yang sihat sekaligus semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.