JTX-1000

JTX-1000
RM170.00 (Available ONLINE order!!!!)

Company Annual Dinner 2012- LE GRANDEUR HOTEL JB

Nak citer ttg Company Annual Dinner....hahaha citer dah basi pun tapi sebab tak sempat nak update blog nie so dapat lah sambung citer yang dah dikira basi.
Berbalik kepada Company Annual Dinner nie....sebenarnya telah diadakan pada 14 Dec 2012 last year. Acara yang di organise oleh HR Department.... meriah jugak lahhhh....makanannya biasalah mkn kat hotel tak der lah best mana pun.... jom layan the picture below.
Invitation Card...yeeyyyyy I'm Invited
Tema untuk Annual Dinner this year ialah Wild Wild West (cowboy & red indian).....aku????!!!!....wild wild west jugaklah kan.....baju pun beli pada petang sebelum bertolak ke JB.....ishhhhh topi kowboy dah tak sempat nak beli.
 
Nie lah meja yang aku lepak masa dinner hari tu bersama member2 sekerja. Best dia org nie sporting.....
Inilah kawboy wanita.....nampak feminin kan?...hahaha kita orang semua wanita sejati lah....tak boleh jadi cowboy mcm nie ayu sangat.....posing jer lah yang termampu.....
Nampak tak samsung galaxy-y tu....itulah kemenangan lucky draw pada ticket aku......mmg lucky aku malam tu......


Ini lah acara penutup selepas semua aktiviti yang dirancang berakhir. Antara aktivitinya ialah ada game show, persembahan pentas, lucky draw...(yang lain tak ingat lah...).... anyway happy reading.

Bio Ever + Maharani = :-)

Sudah lama berkahwin? Tapi masih belum dikurniakan anak? Dah mencuba banyak produk kehamilan tapi masih belum berjaya? Apa kata cuba produk ini. 
Krim Bio Ever dan Herba Maharani

Ramai yang telah mencuba dan mendapat keputusan yang memberangsangkan. Mereka dah HAMIL.
Untuk info lanjut sila call/SMS:
012- 7038607

Garam Buluh


Ciri Utama Garam Buluh
100% garam buluh organik diformulasi berasaskan remedi tradisional Korea yang diwarisi sejak 1300 tahun dengan sejarah dan penggunaan yang terbukti. 
Kaya dgn Magnesium membantu mengawal penyakit tekanan darah tinggi, membantu penyerapan kalsium, mengekalkan keseimbangan bendalir badan, mengawal pengecutan otot dan menguatkan daya ingatan. 
Menyeimbangkan pH badan supaya cenderung kepada beralkali lemah (pH darah badan yang sihat adalah antara 7.35-7.45). 
Mengandungi mineral kalium, kalsium, besi, zink dan magnesium yang lebih tinggidaripada garam biasa. 
Kebolehan untuk menyingkir radikal bebas dan membuang toksin badan, lalu memperbaiki tubuh badan yang lemah dan melambatkan proses penuaan. 
Menyembuhkan sel badan yang rosak dan mencegah pertumbuhan sel-sel yang tidak sihat. 
3 kali ganda lebih efektif daripada garam biasa untuk membasmi kuman dan mencegah kerosakan gigi. 
Fungsi Garam Buluh 
Meneutralkan Asid dalam badan. 
Meneutralkan bahan kimia dalam badan. 
Membuang toksin dalam badan. 
Membantu menyerap vitamin yang diambil dengan lebih berkesan. 
Memberi lebih tenaga pada tubuh badan. 
Membantu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. 
Keistimewaan Garam Buluh 
100% dari bahan semulajadi 
Mengandungi 76 jenis zat galian (Mineral) 
Bersifat Alkali 
Anti Oksida 
Mempunyai tahap Ph 10 – 11 
Mempunyai tenaga Bio 
Di bawah ini adalah jadual mengukur tahap PH.
Untuk info Lanjut Tentang Garam Buluh Sila Call/sms
012-703 8607



BB Plus Collagen -Tiru Macam Saya

Sejak meminum BB Plus Collagen wajah saya sekarang menjadi semakin gebu dan halus. Anda di luar sana yang belum mencuba cepat-cepat dapatkan nya. 


Sedikit info tentang BB plus Collagen:
Bagaimana BB Plus Bertindak?
1. Memulih - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida
3. Memperbaharui - Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru 

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber kolagen jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism dan osteoarthritis.

KEBERKESANAN
BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.

7 Hasil Kulit Cantik
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari

Legoland Malaysia- Terokai Keriangan

Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya Johor yang bertaraf antarabangsa adalah Legoland Park yang pertama di Asia dan ke enam di dunia, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka dunia. 
Pembukaan rasmi taman tema ini dilancarkan oleh Sultan Ibrahim Ismail pada 22 September 2012. Dalam tahun ini juga telah menyaksikan Malaysia berada di tangga ke sembilan dalam top 10 carta pelancongan oleh United Nation World Trade Organisation (UNWTO). 

Ciri utama Taman Tema Legoland Malaysia ialah terdapat 40 permainan dan pertunjukan interaktif serta 15,000 struktur model yang dibina menggunakan kira-kira 30 juta keping Lego untuk disaksikan dan diterokai oleh para pengunjung. 
Terdapat 7 pembahagian taman tema yang berasingan mengikut kesesuaian umur iaitu : 
1. Lego Beginner, 
2. Lego Kingdom, 
3. Lego Technic, 
4. Lego City 
5. Lego Imagination 
6. Lego Adventure 
7. Lego Miniland
Jom saksikan penerokaan kami ke taman tema Legoland nie. Pada pendapat saya taman tema ini sesuai dikunjungi oleh semua lapisan umur terutama kanak-kanak kerana rekabentuk dan permainan yang disediakan sungguh bertepatan mengikut lapisan umur

Legoland enterance tu jauh lagi kat belakang, tapi sepanjang menghala ke enterance nie terdapat banyak kedai, so tak derlah terasa jauh sangat.


Ini adalah gambar disekitar kawasan enterance

Cantik kan semuanya LEGO!!!! mintak sikit pretzel chef.....

LEGO lagi!!!!!


Nie pula saje jer nak posing. Cuaca masa kami pergi hari tu (Jumaat  21.12.2012)kadang-kadang mendung....kadang-kadang panas but pada waktu petang hujan lebat mencurah-curah...syukur bawa payung
Inilah location plan nak tgk our current location....dah pening sebenarnya "where we are!!!!!"


Ini pula salah satu kawasan yang popular actually semua tempat pun ramai org....Nak dapat naik boat nie kena beratur hampir satu jam...but we were enjoy....

Tengok!!!! dia dah boleh drive. Siap buat licence lagi......next post I'll show you all their driving licence


Menyambung penerokaan selepas hujan yang amat lebat. Keistimewaan kat sini makanan dan kemudahan tempat solat dan toilet sangat mudah....so just enjoy!!!!

ishhhhh kalau nak cover sumer permainan you all must stay here starting 10.00am until 8.00pm....sure u all enjoy nyer lah....JOM!!!!!
happy reading and to be continue in the next post-part2

BERJALAN- Terapi Penyembuhan Tanpa MODAL

Tahukah anda bahawa dengan berjalan sahaja mampu membantu menyembuhkan beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit jantung, stroke,pengidap kencing manis, kanser, mencegah Osteoporosis, tekanan dan juga membantu membakar lemak serta mengurangkan berat badan. Malah proses penyembuhan ini dilakukan secara mudah dan percuma.

Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Berjalan laju-laju membantu mengaliran darah ke dalam jantung dengan sempurna. Mereka yang sering berjalan laju boleh membantu peningkatan kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol jahat (LDL). Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6km dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases). Gula darah hanya boleh dikawal dengan cara membanyakkan pergerakkan badan (brisk walking). 


Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin berjalan. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma). Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium, tubuh juga memerlukan pergerakan sekurang-kurangnya selama 15minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

Tekanan : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat tekanan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit yang mengalami tekanan.

Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

Melangsingkan Badan : Jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan. Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

Mineral Coffee- Testimoni Pengguna


Asthma, Sakit Lutut

Ibu mertuaku memang seorang peminum tegar MINERAL COFFEE Dia juga ada asthma (guna inhaler) juga ada sakit kencing manis & darah tinggi...dijadikan cerita, dr hari sabtu hingga isnin pergi ke KL ngan adik ipar..masa hari isnin sebelum balik ke Johor..menyempat ke Zoo Negara..cucu nak tengok gajah katanya...kalau ke Zoo negara kan kena berjalan kaki...jauh jugek kan masuk kedalam tu...apa yang bestnya memang tak rasa nak kena asthma langsung...tak mengah2 pun seperti sebelum nie,kalu jalan jauh sikit...confirm kena asthma lepas tu sedut ihaler ,and satu lagi kaki tu ok jer,bisa2 kat kaki pun takde padehal sebelum nie pernah jugek mengadu kat tempurung lutut tu terasa sangat bisanya bile berjalan jauh sikit..tak penat langsung..Alhamdulillah syukur...Kepada sesiapa dalam STG nie yang belum menikmati MINERAL COFFEE memang nak kena minum....Sangat berbaloi2x....kannnn...
Sharing by Lizayanti Hussin

Turun Berat Badan - Kenyang, Stay Up

Alhamdulillah :D bestnya dapat turun berat badan + tak penat nak stay up sebab nak siapkan assignment :) experience sendiri, mineral coffee memang best! hari selasa malam rabu shu kena siapkan 3 assignment kena submit hari rabu. malam tu shu tk tido langsung. shu minum dua kali. mula-2 pukul 8 malam. pastu pukul 3 pagi. tahan sampai pagi. shu minum pagi rabu tu sebelum pegi kelas. tgahari tu shu boleh rasa kenyang. so tk pegi foodcourt. member-2 pun perli kata diet. padahal shu kenyang. haha. petang tu habis class lepas dah submit assignment baru shu beli nasi. memang best mineral coffee! memang best!
Sharing by Shuhada Suhaimi 

Terlanjur Cinta- Sinopsis



Terlanjur Cinta mengisahkan tentang cinta Nia (Saleha) yang meminati Fareth (Aqasha), anak orang kaya yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan.

Fareth sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan Nia yang juga sukakan Fareth, tetapi perasaan itu hanya dipendamkan di dalam hati.

Setelah tamat pengajian, Nia mendapat kerja di syarikat milik keluarga Fareth dan lelaki itu cuba menggoda Nia namun seringkali tidak berjaya.
Kerana mempunyai niat buruk untuk mengenakan Nia, akhirnya Fareth terpaksa berkahwin dengan wanita itu apabila mereka ditangkap khalwat.

Bermulalah detik hitam Nia, dia dilayan bagai sampah oleh Fareth dan kemunculan Amanda (Marsha) menambah duka seorang isteri yang ditanggung Nia.

Adam dan Hawa- Sinopsis

Drama Adam & Hawa mengisahkan tentang Ain Hawani sebagai seorang remaja lepasan SPM dan bekerja di sebuah tadika yang dimiliki oleh kakak kepada Adam Muhkriz kerana mengantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara sahaja , kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi. 
Sewaktu Ain bekerja di tadika tersebut, dia telah bertemu dengan Adam dan mula timbul rasa suka. Adam pula merupakan seorang jejaka kacak yang berpewatakan ‘playboy’ dan bekerja sebagai juruterbang. Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya yang mana dia telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama keluarga walaupun tidak rela.