JTX-1000

JTX-1000
RM170.00 (Available ONLINE order!!!!)

Family Gathering - Cuti Sekolah 2012-Terengganu

Cuti2 Malaysia -Pantai Timur (Terengganu. kelantan & Cameron Highland). Percutian yang mmg telah dirancang rapi. Kami semua berkumpul di rumah atok pada pukul 7.00am. Selepas bersarapan kami berconvoi menghala ke tempat2 percutian yang telah dirancang. (Sarapan disediakan oleh Mak Teh...TQ Mak Teh)
Inilah peserta convoi untuk tahun ini. Ambik pic beramai2 sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Doa dibacakan oleh ustaz Fadhlan Aiman...TQ ustaz....
Destinasi pertama berhenti lunch di Pantai Kemasik....pantai yang sangat cantik dan bersih.
Tengah2 panas terik pun dia org rela berposing.....hahaha...layannnnn
Menikmati lunch dengan penuh berselera...hahaha masa nie sumer org tengah laparrr.....rehat sekejap selepas lunch sebelum memulakan semula perjalanan. Untung dapat lepak2 kat bawah pokok nie coz cuaca sangat panas. 
Destinasi kedua kami ialah singgah Solat Jamak Takhir @ Masjid Rhu Terengganu
 
Inilah yang dinanti2kan oleh mak-mak- Pasar Payang Ganu. Wah mak-mak sibuk memilih nampak. Mak Teh perati betul2 yerk.....Mak De dah dapat apa tu?..... Berpeluh2 memilih nampak....Mami tgk apa lagi terus jadik ler....Makcik laks takkan baju kelawar jer.....sutera satu plzzzzzz
Last destination bergambar kenangan di Masjid Kristal 
 sebelum sampai ke home stay.
Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang. Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik