JTX-1000

JTX-1000
RM170.00 (Available ONLINE order!!!!)

Garam Buluh....Bakal menggegar Asean!!!!!

Betapa hebatnya garam buluh untuk kesihatan dan kehidupan harian kita...Call/SMS for more info Aida 012-703 8607

Product Hai-O yang bakal menakluki ASEAN

Perluas empayar
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my

SYARIKAT Hai-O Marketing Sdn Bhd (Hai-O) akan memperluaskan lagi empayar perniagaannya ke seluruh negara Asean bagi mempromosikan produk kesihatan, Garam Buluh dalam tempoh dua tahun lagi.

Pengurus Besarnya, Teoh Nee Siang berkata, sebagai permulaan Hai-O akan menembusi pasaran Indonesia dan Thailand memandangkan pihaknya sudah mempunyai rangkaian di negara terbabit tetapi dalam skala kecil.

Beliau berkata, pihaknya juga menyasarkan peningkatan dua angka dalam jualan Garam Buluh menjelang lima tahun akan datang berbanding pertumbuhan tahunan sekitar 15 hingga 20 peratus yang dicatatkan ketika ini.

“Produk Garam Buluh yang dipasarkan Hai-O adalah bermutu tinggi dan dikeluarkan oleh pengeluar Garam Buluh bertaraf dunia dari Korea Selatan bagi kesinambungan kesihatan terbaik apabila ia dihasilkan daripada air laut pantai barat Korea Selatan yang tidak tercemar dan dijaga rapi oleh pihak berkuasa di sana.

“Sejak produk ini diperkenalkan di negara ini pada 2007, ia sudah mencatat jumlah jualan 14,000 kotak sebulan berbanding hanya 200 kotak pada awal pengenalannya,” katanya pada sidang media di majlis menandatangani perjanjian bersama antara Hai-O dan Kaeam Food Corporation (KFC) dari Korea Selatan di Subang Jaya, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Hai-O, Tan Sri Osman S Cassim; Pengarah Urusan Hai-O, Tan Kai Hee dan Pengarah Urusan KFC, Jung Lak Hyun.

Teoh berkata, Hai-O turut berjaya merekodkan sebanyak RM20 juta bagi pendapatan tahunan menerusi jualan Garam Buluh dan menyumbang kira-kira 10 peratus kepada jumlah perolehan syarikat.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/04/07

Kredit to HARIAN METRO