JTX-1000

JTX-1000
RM170.00 (Available ONLINE order!!!!)

Ciri-ciri seorang Bayi- OH BABY...BABY...BABY

  • Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
  • Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
  • Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar. 
  • Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  • Bayi mempunyai deria bau yang kuat.
  • Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan. 
  • Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan. 
  • Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan. 
  • Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. 
  • Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan. 
  • Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik. 
  • Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit. 
  • Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit. 
  • Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan. 
  • Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari. 
  • Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya. 
  • Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.