JTX-1000

JTX-1000
RM170.00 (Available ONLINE order!!!!)

Cuti2 Malaysia- Kelantan to Cameron Highland (Last Part)

16 Dec 2012.
Hari terakhir di Terengganu. 
Sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, kami singgah di Masjid Kayu yang terletak di Seberang Jerteh. 

Masjid Kayu- Masjid Ulul Albab- Terengganu
Masjid ini dibina menggunakan kayu bermutu tinggi seperti cengal dan meranti yang berkonsepkan tradisional Melayu Terengganu. 
Seniman Negara Wan Mustaffa Wan Su telah diberikan penghormatan menggunakan kepakaran seniukir beliau untuk mengukir hiasan pada daun pintu, dinding, jendela, mimbar khutbah, tangga dan sudut-sudut tertentu. Masjid ini mula dibina pada akhir 2009 dan siap pada Julai 2011 dan boleh menampung 1,000 jemaah pada satu-satu masa. 
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengistiharkan nama baru masjid ini sebagai Masjid Ulul Albab.Pengistiharan nama Masjid Ulul Albab dibuat ketika Sultan Mizan merasmikan masjid berkenaan bersama masyarakat Islam sekitar Kampung Seberang Jertih.
Pandangan dari Luar masjid Kayu
Jom layan gambar kenang-kenangan semasa kami semua melawat masjid kayu tersebut. Dari pemerhatian kami masjid ini memang unik dengan mempamirkan seni ukir yang begitu halus dan bermutu tinggi. 

Masjid Hadari- Terengganu
Pembinaan Masjid Hadhari adalah mengantikan Masjid Bandar Jerteh yang telah dibina pada tahun 1965 yang hanya boleh memuatkan jemaah seramai 500 orang. Memandangkan keperluan semasa pihak kerajaan negeri telah merancang untuk membina sebuah masjid yang lebih besar bagi menampung jemaah yang semakin rami. 
Pada tahun 2005 pihak kerajaan negeri telah memulakan pembinaan sebuah masjid di tapak asal Masjid Bandar Jerteh dimana harga pembinaan Masjid tersebut ialah RM 24 juta dan masjid ini telah dinamakan Masjid Hadhari Bandar Jerteh, ianya telah mula digunakan pada tahun 2008. 
Pembinaan Masjid ini telah diilhamkan oleh Mantan Menteri Besar Terengganu Y.B Dato’ Seri Hj. Idris Bin Jusoh (ADUN Jerteh) 
Pembinaan Masjid ini adalah untuk mencapai konsep “Islam Hadhari Terengganu Bestar yang menjadi selogan pentadbiran Kerajaan Negeri pada masa itu. 
Masjid Hadhari ini berseni binakan ciri-ciri sebuah masjid di Cordoba Sepanyol yang cukup terkenal di zaman kegemilangan Kerajaan Andalusia. Dipenuhi oleh gerbang-gerbang yang dicat secara berjalur dan diukir dengan ukiran yang menarik 
Rekabentuk masjid di bahagian luar berasaskan pada seni bina Masjid Nabi di Madinah 
4 menara yang bermakna asal kejadian manusia berunsurkan tanah, air, api & angin. Lima buah kubah bermaksud Rukun Islam & ditambah kubah di porch menjadi Rukun Iman
Inilah destinasi yang sentiasa meniti dibibir budak-budak nie....hahaha dah dua hari mak-mak sibuk bershopping so nie lah destinasi yang mereka tak sabar-sabar menunggu. Jom Layanzzzzz.
17 Dec 2012
Cameron Highland
Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal disemenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadi. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung.
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

Ladang Teh Bharat
Ladang teh yang terletak betul-betul di tepi jalan utama antara Pekan Ringlet dan Tanah Rata. Ladang tersebut ialah Ladang Teh Bharat yang terletak kira-kira 12 km dari Ringlet dan 3 km dari Tanah Rata. Ladang ini mula beroperasi pada tahun1933 dengan keluasan penanaman pokok teh seluas 1,600 ekar. Ianya diusahakan oleh Bharat Tea Plantations iaitu syarikat ladang teh kedua terbesar di Cameron Highlands. Ladang ini ditanam dengan teh jenis Camellia Sinensis yang berasal dari Uttar Pradesh, India. Teh ini dikenali dengan nama Cameron Valley. Satu lagi lokasi Ladang Teh Bharat terletak berhampiran pekan kecil Kuala Terla iaitu kira-kira 18 km dari Tanah Rata. Ladang teh ini juga terletak di tepi jalan utama
Jom layan gambar-gambar pekerja sementara diladang teh...dia orang nie ambik kontrak petik daun teh cuma masa cuti sekolah jer...hahaha. Klu mcm nie lah gayanya lebih posing dari bekerja mmg tokey ladang cpt2 buang dia orang nie.