JTX-1000

JTX-1000
RM170.00 (Available ONLINE order!!!!)

Mintalah Pada ALLAH....

Perkahwinan adalah ibadah dan kelangsungan kepada sunnah Rasulullah SAW. Perkahwinan adalah kerja 'membina masjid' dan adalah amal yang mulia lagi besar pahalanya.



Tip-tip untuk mempercepatkan jodoh yang diberikan oleh oleh ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood  jom amalkan. .. USAHA TANGGA KEJAYAAN!

1. Berdoa selepas solat lima waktu
 -berdoalah dari sekarang kerana doa perlukan masa untuk dikabulkan

2. Berdoa pada waktu malam

3. Doa ibu-bapa

4. Puasa pada hari lahir
-puasa ini dipanggil puasa hajat, pada hari tersebut kita dilahirkan dalam keadaan bersih tanpa dosa. Jadi berpuasalah supaya hajat kita dikabulkan dan dipermudahkan

5. Solat sunat taubat
- Disarankan agar melakukan solat sunat Taubat terlebih dahulu pada waktu tengah malam sebelum berdoa agar diringankan jodoh yang terhalang

6. Pohon restu ibu bapa
-Tanya ibu bapa terlebih dahulu apabila sudah berkenan pada seseorang. Mungkin getaran hati ibu memberikan isyarat jodoh yang terbaik buat kita. Namun, jika ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat sedangkan dia baik untuk kita, disarankan supaya memujuk ibu bapa dengan baik. Berdoalah supaya Allah SWT melembutkan hati mereka agar menerima pilihan kita seadanya

7. Amalkan doa-doa pilihan
- Antara yang boleh diamalkan Surah Yusuf ayat 4 untuk memudahkan dan mendapat jodoh yang baik
Surah al- Qasas ayat 24 kerana doa ini adalah untuk sesuatu hajat yang yang baik

8. Solat hajat
-pohon agar dipermudahkan dan dipertemukan dengan pasangan yang baik dunia dan akhirat


Memang benar, jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah tapi berusahalah untuk mencari dan menjejaki pasangan anda

Dianjurkan juga untuk mengamalkan surah Yunus ayat 81 untuk membatalkan sihir dan ilmu hitam, kadang-kala ia adalah antara faktor jodoh terhalang

Insyaallah