Ia merupakan satu proses berterusan dalam
badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang
telah rosak akibat radikal bebas.
Ia adalah satu tindak balas yang akan
merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran,
menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru.
Krisis penyembuhan merupakan satu petanda baik
yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar
berkesan. Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah
individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil
makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua
bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk
lagi krisis penyembuhannya.
Krisis penyembuhan ini bergantung kepada keadaan kesihatan
individu. Ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan. Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai kesannya
Untuk mengurangkan kesan krisis penyembuhan
ini kita digalakkan meminum banyak air sekurang-kurangnya 2-3 liter ait sehari
mengikut keperluan tubuh badan seseorang
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope,
Columbia University