FAQ
BIO EVER
1. Adakah Bio Ever sesuai untuk golongan lelaki?
Ya, kerana Bio Ever sesuai untuk semua jenis kulit termasuk golongan
lelaki. Dioscera Villosa yang terkandung dalam Nano Cream merupakan bahan
tradisional bergred tinggi. Ia sesuai digunakan oleh kaum lelaki dan wanita. Ia
juga dapat meningkatkan hormon testosteron lelaki. Selain itu dapat memelihara
kelenjar tiroid, kelenjar adrenal dan testis. Juga dapat meningkatkan fungsi
fisiologi badan, membolehkan kaum lelaki mempunyai badan yang lebih sihat.
2. Adakah Bio Ever sejenis ubat?
Tidak. Bio Ever mengandungi bahan botanikal semulajadi seperti pegaga, wild
yam dan kacang soya. Rumusan aktif ini dirumuskan ke dalam liposom dan dihantar
ke bahagian kulit di mana diperlukan. Bio Ever adalah krim kesihatan yang
membantu mengawalatur rembesan hormon supaya menjadi normal.
3. Berapakah kuantiti yang perlu digunakan?
Anda digalakkan menggunakan 4 botol Bio Ever dalam masa sebulan untuk
mencapai kesan yang optimum.
4. Apakah jaminan kualiti produk Bio Ever?
a. Ujian keselamatan setiap jenis bahan mentah supaya bebas daripada bahan
kimia yang tidak dibenarkan seperti hidrokunoin, tretinoin, merkuri, steroid
dan hormon sintetik.
b. Bio Ever adalah produk halal.
c. Bebas daripada ujian terhadap binatang.
d. Tanpa minyak bahan galian (mineral oil). Hanya minyak daripada
sumber-sumber tumbuhan digunakan.
5. Bolehkan saya menggunakan Bio Ever bersama pemakaian Premium Beautiful?
Ya. Anda digalakkan mengguna Bio Ever bersama pemakaian Premium Beautiful
kerana ini akan menggalakkan peredaran dan meningkatkan metabolisme. Oleh itu
pembentukan badan dapat berlaku dengan lebih berkesan.
6. Bolehkan Bio Ever menguruskan badan?
Ya, Bio Ever membantu masalah pertambahan berat badan yang disebabkan oleh
ketidakseimbangan rembesan hormon dan penurunan kadar metabolisme akibat
rembesan hormon yang kurang aktif. Bio Ever membantu meningkatkan kadar
metabolisme dan mengurangkan masalah badan yang kembang dan berisi. Gabungkan
usaha dengan pemakaian Premium Beautiful, diet yang betul, minum air
yang banyak dan pengambilan fiber secukupnya. Anda pasti kagum dengan
keberkesanannya.
7. Bolehkah wanita hamil/menyusukan bayi menggunakan Bio Ever.
Tidak digalakkan. Wanita hamil/menyusukan bayi mengalami perubahan
paras hormon badan. Bio Ever berfungsi untuk mengseimbangkan paras hormon.
8. Bolehkah digunakan ketika haid/menopaus?
Boleh. Kecuali berlaku ketidakselesaan.
9. Mengapakah kesan Bio Ever boleh diteliti begitu cepat walaupun hanya
selepas 10 minit penggunaan?
Kerana Bio Ever menggunakan sistem bio-teknologi untuk menghantar kebaikan
rumusan aktif bersaiz nano secara terus ke dalam peredaran darah melalui
luaran kulit. Dirumuksan ke dalam liposom dan dihantar dan dibebaskan ke
bahagian yang memerlukan.
10. Berapa kerap penggunaan Bio Ever?
Bergantung kepada peringkat-peringkat:
a. Tempoh penyelarasan – Sapukan sedikit krim ini kepada kulit untuk
mengetahui samada anda sensitif terhadap produk ini. Gunakan pada waktu pagi
dan malam. Gunakan sebotol seminggu untuk kesan yang optimum dalam masa yang
singkat. Minum banyak air.
b. Tempoh penyelenggaraan – Sapukan pagi dan malam, 2 botol sebulan. Minum
banyak air.