Medan
Tenaga Manusia
Matahari adalah
sumber tenaga yang menggerakkan kesemua kehidupan dalam bumi. Benda hidup
adalah makhluk yang bertenaga, atom-atom dan elektron-elektron di dalam
badan kita menghasilkan satu aliran medan tenaga di mana ia membekalkan
tenaga yang mencukupi untuk sel-sel badan bekerja pada tahap yang optima.
Dengan kata lain, tenaga adalah daya hidup dan ia adalah sumber kesihatan dan
semangat manusia.
Keseimbangan tenaga adalah berdasarkan kewujudan corak tenaga di dalam
dan di sekeliling badan yang membentuk satu matrik yang digunakan oleh
badan untuk mengekalkannya dalam keadaan "sihat". Medan tenaga
manusia dibentuk untuk mengekalkan kesihatan badan. Sel-sel badan
berkomunikasi di antara satu sama lain melalui gelombang (frekuensi) yang
unik kepada setiap orang. Semua tisu seperti kulit, hati, tulang dan
organ-organ lain mempunyai tenaga dan beresonan ke atas frekuensi
tersendiri. Bioresonans bermakna mengedarkan semua frekuensi yang
diperlukan untuk rangsangan dan penyelarasan organisma yang muktamad.
Bagaimanapun,
pemodenan kini telah membawa kepada kemerosotan medan tenaga manusia secara
mendadak. Gaya hidup yang penuh tekanan, penggunaan alat elektronik yang
meluas, pencemaran alam, makanan yang tidak seimbang, gaya hidup yang buruk
serta toksin-toksin yang dihisap telah membawa ketidakseimbangan frekuensi
elektromagnetik atau medan tenaga. Dengan ini, sekatan tenaga dihasilkan
justeru mengganggu pengaliran tenaga utama atau daya hidup. Masalah
kesihatan kronik mulai timbul dan menjadikan badan sukar untuk menyembuhkan
diri.
Tidur Yang Berkualiti
Manusia telah
menghabiskan 1/3 daripada masa mereka dalam tidur; oleh itu, tidur dan rehat
yang berkualiti adalah penting untuk kesejahteraan kita. Ia adalah penting
untuk kesihatan fizikal dan mental, dan untuk mengoptimakan fungsi-fungsi
harian kita. Apakah itu tidur yang berkualiti? Tidur yang berkualiti
bermakna mempunyai jangka masa rehat yang cukup serta mendalam yang
membolehkan seseorang sedar selepas membangun dan segar selepas membangun dan
segar sepanjang hari.
Semasa badan
kita rehat, semua sel badan akan diperbaharui dan dibebaskan, kerja-kerja
pembaikan ke atas kecederaan dan penyakit-penyakit akan dijalankan;
aktiviti-aktiviti otak kita yang mengawal emosi, proses pembuat keputusan dan
interaksi sosial dihentikan, membolehkan kita mengekalkan emosi dan
fungsi-fungsi sosial yang optima semasa kita membangun. Tidur juga menguatkan
minda dan kesedaran, membolehkan kita berasa bertenaga dan lebih berjaga secara
fizikal. Ia juga meningkatkan daya ingatan dan keupayaan belajar; mengurangkan
tekanan, rasa kebimbangan dan kerisauan. Tidur yang berkualiti menjaga
kesihatan hati kita dan mengurangkan risiko kemurungan.
BV
Sleep Mate
Anda boleh
memulihkan keseimbangan dan kesihatan anda secara mudah dengan kuasa
penyembuhan BV Sleep Mate. Pelapik tilam ini khas dibuat untuk memenuhi
keperluan individu anda. BV Sleep Mate menolong membetulkan frekuensi yang
tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang
positif yang membentuk aura yang sihat dalam organisma. Dengan mempengaruhi
pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan
yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda.
Apabila anda bangun daripada tidur, anda berasa lebih cergas dan bertenaga.
Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana
ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi
hidup yang berkualiti.
Ujian
klinikal menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap tenaga ke atas subjek
yang signifikan selepas menggunakan BV Sleep Mate
Cara Penggunaan
Bukakan dan letakkan BV Sleep Mate di atas tilam. Letakkan empat tali elastik ini di setiap sudut tilam boleh juga digantikan sebagai selimut.
Cara Penjagaan
BV Sleep Mate boleh dicuci setahun sekali. Gunakan bahan pencuci kain yang berorganik untuk mencuci dengan tangan secara lembut dan keringkan di bawah matahari. Dicadangkan cuci di kawasan yang terkena kotoran sahaja.
Saiz
Tilam saiz QUEEN